Kerjaya Amrin Awaluddin

Kerjaya Amrin bermula sebagai presiden, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) (1999-2000)[1] ; Ketua Pegawai Operasi Putera Capital Berhad (2001); Ketua Pegawai Kewangan TV3 (2001) ; CFO Kumpulan Media Prima Berhad (2003) ; CEO ntv7 (2006) ; Ketua Pegawai Eksekutif TV3 (2008); Ketua Pegawai Operasi Media Prima Berhad (Jun 2009) dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima (September 2009).

Beliau juga dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3); Synchrosound Studio Sdn. Bhd., Primeworks Studios Sdn. Bhd. dan Alt Media Sdn. Bhd.[2] TV3 menjadi stesen televisyen terunggul di Malaysia selama 25 tahun. Pada masa ini terdapat 6 saluran TV terestrial dan hampir 100 saluran tersedia untuk orang ramai di Malaysia melalui TV berbayar dan platform IPTV. TV3 boleh dilihat di seluruh dunia melalui www.tv3.com.my malah boleh ditontotn di Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) mahupun di Auckland, New Zealand.